BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 27, 2011

Propose Pakai Gambar Memang Dah Jadi Trend Ke?

Salam,

Ok hari ni tak nak tulis banyak-banyak pun. Setelah lama aku tinggalkan blog aku ni bersawang berhabuk bagai, tak tahu kenape pagi ni tergerak hati nak update. Mungkin pasal tengok kawan aku si Mariam dan Mazlan sibuk mengupdate diorang punya Blog. Hehe. Agak jeles kat situ. Enough Bla Bla Bla.

Berbalik pada tajuk diatas, Korang perasan tak fenomena ni? Propose kahwin menggunakan gambar. Sebagai contoh:


dan yang ini:


Dah tengok. Sweet memang sweet tapi bile tengok dah banyak sangat buat, mual pulak. Hehe. Apepun agak kreatif la guy2 ni. Hehe. Guy memang kreatif pun. Kan kan kan. Memang touching la aku tengok muka-muka gegurl yang kena proposed cara ni. Touching dengan kekreatifan dan kesungguhan guy2 ni nak kahwin dengan diorang. Ekeke. Moga bahagia ke anak cucu cicit.

Mengakhiri post aku kali ni, nasihat aku, layan jelah video ni. Tak perlu la berangan-angan (khas untuk gegurl) nak kena proposed dengan cara ni. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Haha. Ye la gegurl kan imaginasi dia jauh......=p

Video terakhir. Dari CN Blue. First Step.


layan.......

Saturday, July 9, 2011

[VIDEO] Inspirasiku Dan Inspirasimu Juga.

Salam.

Siapa idola anda? Selalunya itu soalan yang biasa ditanya dan tak salah kalau aku kategorikan sebagai soalan yang sangat-sangat-sangat suka ditanya. Agak menyedihkan apabila kebanyakan daripada kita memilih penyanyi, pelakon, pemimpin dunia sebagai idola yang paling kita sayangi. Eh, salah ek fakta aku ni?? Takkan kot. Cube korang buat survey. Pilih la beberapa orang sebagai responden dan tanya "Dengan jujur, nyatakan siapa idola anda?". Korang mungkin akan dapat jawapan yang macam ni.

Responden A: Idola saya ialah Siti Nurhaliza. Dia seorang penyanyi yang hebat.
Responden B: Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau merupakan PM Malaysia yang dikagumi musuh dan lawan.
Responden C: Bill Gates, saya nak jumpa dia dan bertanya tentang rahsia kejayaan dia.
Responden D: Datuk Lee Chong Wei!!
Responden E: Diri aku sendiri boleh tak??

Dan begitulah seterusnya, anda akan mendapati kebanyakan idola manusia sekarang berkisar kepada artis, pemimpin dunia dan ahli perniagaan. Tapi mesti ada~ Mesti akan ada korang terima respon macam ni.

"Idola saya adalah Nabi Muhammad S.A.W"

Wow. Wow. Wow. Oh, bagus nya. Oh sejuknya hati ni mendengarnya. Oh memang manusia contoh. Oh. Oh. Oh.

Kalau idola korang adalah artis. Setiap lagu dia korang dengar. Tak sedap pun korang kata seni. Lagu tu abstrak. Hanya orang seni bagi la yang faham erti seni. Ok fine. Kat FB sibuk komen kat fan page dia walau sebenarnya admin page dia bukan artis tu. Setiap gosip artis tu korang tahu. Latar belakang artis tu semua kita tahu. Senang cakap semua tentang artis tu dari hujung rambut yang konon2 model syampu sampailah ke setiap kuku-kuku kaki dorang korang tahu. Yeah. Stalker. Paparazzi.

Tapi, bila bercakap pasal Nabi kita, berapa ramai yang tahu tentang sirah baginda? Latar belakang baginda? Berapa jam sehari kita mengingati Baginda? Adakah kita menuruti ajaran yang dibawa Baginda? Subhanallah. Tak perlu tanya banyak-banyak. Tak terjawab. Apepun sebenarnya aku nak share dengan korang video yang aku dapat dari rakan aku kat FB. Sebuah video bertajuk "Andai Baginda Bersama Kita". Adakah baginda benar-benar merupakan Idola korang?

Video ni dalam bahasa Arab tapi ada subtitle melayu. Jadi aku sangat positif yang korang tak perlulah nak buka kamus arab-bm. Atau cari orang arab untuk tolong translate kan. Serius tak perlu. Cuma tengok video ni dan fahamkan.

 

Agak sebak la masa tgk video ni. So True la aku cakap sama korang. Artis, pemimpin dunia, businessman yg korang agung-agungkan tak akan dapat membantu mahupun menyelamatkan korang di hari kebangkitan nanti. Kita sememangnya mengharapkan syafaat dari baginda. Baginda mampu menolong kita dengan izin Allah.

p/s: Jadikanlah Nabi kita bukan setakat idola tetapi juga inspirasi kita. 

Saturday, July 2, 2011

Entry Cemburu Buta : Kanak-Kanak Dan Orang Dewasa.

Kali ni aku nak bawa entry ringan jek. Mana lagi best? Menjadi seorang dewasa atau menjadi kanak-kanak?


SEMASA KECIL..
Pernah tak semasa kecil dulu, sewaktu korang masih digelar sebagai budak hingusan kerana korang membiarkan sahaja hingus meleleh-leleh dari hidung tanpa rasa malu. Masa korang kencing berdiri merata-rata. Ada tak dalam fikiran korang keinginan nak menjadi dewasa?

"Eh, bestnye jadi dewace, ade wit cendighi, boleh keyuar cuke hati. Nak jadi dewace la"

Ok, masa tu korang masih pelat lagi, tak ape dimaafkan pasal korang masih comel, korang masih suci bersih tanpa dosa. Waktu tu, mesti korang mesti pernah dengki dengan abang atau kakak korang yang dah besar. Dorang tak perlu lagi nak pergi sekolah bawa buku berat-berat. Dorang kalau keluar rumah mesti pakai cantik-cantik nampak "rugged". Dorang dah ada dan dah boleh pegang duit sendiri. Dorang dah boleh buat sesuatu tanpa perlu dikawal rapi lagi. Dorang boleh buat bla bla bla. Sambil tangan kiri dipimpin oleh mak manakala ibu jari tangan kanan dalam mulut korang, pernah tak korang terfikir, alangkah bestnya menjadi seorang dewasa?

Sumber dari google. Seorang budak hisap jari. heh.


Tengok abang dan kakak, dorang selamba jek keluar rumah bila-bila yang dorang nak dan balik bila dah bosan kat luar. Hanya perlu meminta izin jek.

Abang/kakak : Mak, along nak keluar kejap. Nak jumpa member.
Mak : Ha, pergilah. hati-hati bawa motor tu. Jangan lama-lama sangat.

Semudah A.B.C jek dorang dapat kebenaran dari mak korang untuk keluar berjalan. Cube korang test mintak pulak kat mak korang.

Korang : Mak, nak keluar main dengan kawan-kawan kat luar kejap boleh?
Mak : Ape?? kerja sekolah dah siap? kalau tak siap jangan keluar main. Kat luar tu panas, tak elok main.

Betul tak? Bermacam alasan yang diberikan olek mak korang bagi menghalang korang keluar. Walaupun mak korang membuat begitu demi kebaikan korang tapi "SIAPA YANG SANGGUP DILAYAN SEPERTI BUDAK KECIL?!". Eleh, memang budak kecil pun, sunat pun belum. Heh. Kan bagus kalau menjadi dewasa.

BILA DAH BESAR..
Bila kita sudah meningkat dewasa, dengan kerja dan tanggungjawab yang menimbun, masalah keluarga lagi, masalah kat tempat kerja, masalah kewangan, hutang yang belum dilangsaikan lagi, pinjaman rumah dan kereta, bil itu, bil ini, minda kita akan mengimbau kembali betapa senang dan seronoknya menjadi seorang kanak-kanak. Kalau fikiran tengah berserabut, pantang terserempak dengan kanak-kanak, mesti akan terlintas kat hati kita.

"Seronoknya jadi budak-budak, tak ada masalah dan tanggungjawab, main jek kerja dia. Kan bagus kalau aku boleh jadi kanak-kanak balik".

Huh tak terlintas langsung ea kat fikiran korang? eh, ala bucuk-bucuk, jangan nak tipu la. Serius tak ada? Heh, kalau tak ada memang aku bagi tabik spring la kat korang. Bagi yang pernah terlintas kat fikiran korang tentang angan-angan nak menjadi kanak-kanak semula, itu normal. Tak perlu la pulak korang rasa tersisih atau rasa rendah diri pada orang yang tak terfikir ke arah itu. Setidaknya korang normal ok. aku ulang KORANG NORMAL!

Masa tu akan terimbau la kembali kenangan semasa kecil, tak perlu fikir apa-apa. Mintak duit kat mak doposen hanya kerana nak beli Choki-Choki pun dah tak kisah dah. Tidak perlu dibebani dengan satu masalah pun. Kalau ada pun hanyalah masalah kencing dalam seluar. Zaman tu, walau apa pun kesalahan kita, tunjuk jek muka kesian gerenti orang akan maafkan. Waktu tu, kita tak rasa malu nak menangis kat depan orang, tak ade pun orang akan marah. Malah bertambah ramai yang datang memujuk.

Memang sudah menjadi lumrah manusia. Sentiasa inginkan kesenangan. Rasanya, kalau masa boleh putar ikut suka mak bapak kita memang kanak-kanak akan jadi dewasa dan yang dewasa akan jadi kanak-kanak balik. Yang kanak-kanak ingin mendapatkan hajat di hati nak kebebasan menjadi dewasa manakala yang dewasa ingin lari dari masalah dan tanggungjawab.

Sayangnya masa tak boleh diputar kembali mahupun dipercepatkan. Tak salah kita mempunyai impian kerana sekurang-kurangnya ia akan memberi inspirasi kepada kanak-kanak dan merehatkan minda kepada yang dewasa setelah penat bekerja siang dan malam. Yang kanak-kanak bagi khatam A.B.C dengan sifir 12 dulu baru fikir nak menjadi dewasa. Dan pada yang dewasa jadilah seorang dewasa yang boleh menjadi satu ikon ikutan kepada kanak-kanak. Itu adalah putaran hidup. Semakin kita dewasa semakin kita perlu berdikari dan akan bertambah pula cabaran yang perlu kita hadapi.

p/s: HS rasa lega. Baru jek habis test semalam~=)

Wednesday, June 29, 2011

REMAJA MELAYU SUNGGUH JIWANG KARAT KAN?

Tajuk entry kali telah menceritakan segalanya. Korang setuju tak? Tak setuju pun tak ape. Aku akan ceritakan kenapa satu persatu, huruf ke huruf, ayat ke ayat. Apepun apa yang aku tulis hanyalah buah fikiran aku berdasarkan pemerhatian dua biji mata hitam aku.


Sentiasa Dalam Minda Ada Cinta
Ok, benda ni boleh dilihat dimana2. Mengambil laman sosial seperti FB dan Tagged sebagai contoh, mesti ada dalam sehari status terkini yang bercerita tentang cintan cintun.

"(@tag name) akan sentiasa mencintai (@tag name), much love. <3<3<3

yup, kita tahu yang pasangan tu couple tapi tak perlu kot nak meluahkan rasa jiwang cinta antara benua tu kat FB atau Tagged. Ok, memang hak diorang, wall diorang, akaun diorang, internet diorang dan Bla Bla Bla diorang. Tapi ingat, yang korang couple tu pun belum tentu lagi akan kahwin ngan korang. Belum tentu lagi jadi teman tidur korang. Nak lepas rindu sangat, dalam mesej sudah lah. Aku tak nampak pasal apa perlu dihebohkan satu dunia. Apa yang lebih melucukan, bila kita ingat diorang tengah hangat bercinta bagai dunia bapak diorang yang punya, Tup Tap, kita dengar pula dah putus. Tukar status.

"Saya Benci Awak, Sanggup Awak Buat Saya Macam Ni!! T.T"

*Nah satu 'like' aku bagi. Komen tak perlu kot. haha

Lumrah bercinta, manis bila hangat, pahit bila pudar.

Lain pula di laman komuniti seperti Says.my. Aku tak tahu kenapa, soalan cinta selalu sangat ditanya. Soalan tentang kesetiaan, soalan tentang curang dalam bercouple, soalan awak sayang saya saya sayang awak lagi lebih tau dan soalan satu saudara berlainan jantina dengannya. Suka aku cakap kat sini, si penanya soalan-soalan ni rata-ratanya adalah remaja melayu.

Bertukar-Tukar Status Diri
Seumpama trend pula, menukar status relationship di FB. sebulan sekali mesti nak tukar. Yang sebenarnya "in relationship" terus tukar jadi "single". Apehal? Gatal ape? Yang "single" tukar ke "married" atau "in relationship". Biarlah mereka syok sendiri. Aku mengata orang. Ok, aku ngaku aku pun ada buat. Atas sebab apa? Suka-suka sebenarnya. Ok, sekarang aku bubuh "separated" sebagai status relationship aku. Berpisah? Bercerai? Nope. Tak kisahla apa maknanya, definisi aku ialah aku dan dia sebenarnya terpisah. Oleh masa, tempat dan keadaan. Apabila tiba masanya, sesuai tempat dan keadaan sebagaimana jodohnya pasti aku akan bertemu dengan jodoh yang telah ditetapkan. Bukankah??

Apepun, status kejadah tu tak penting. Tulis "single" pun masih ada yang tanya "betul ke awak masih single ni?". Kalau aku, aku akan jawab "yup, saya masih belum bersedia untuk mengawan". LOL.

Jiwang Terlampau Mengalahkan Pasangan Suami Isteri
Ok, ini lagi menyedihkan. Belum kahwin tapi terbawa-bawa sampai ke katil pasal ape?
"Eleh, katil jek pun. Bukan buat apa? Sembang-sembang gurau-gurau jek"

Kepala hotak engkau! Yang tangan tu dah meraba pasal apa. Gurau-gurau lagi. Akhirnya, bila suka-sama-suka maka jadilah aksi yang melampaui batas. Mulalah buat adegan yang hanya halal buat pasangan suami isteri yang sah. Tup Tap dalam beberapa bulan. Ops, OMG "sayang dah gemuk!!". Pergi cek kat doktor.

Doktor: "Puan, Tahniah! anda disahkan mengandung". *sambil tersenyum simpul
Gadis: "Betul ke Doktor? Alhamdulillah. Terima kasih Doktor. Terima Kasih".

Korang rasa itu ke respon gadis tu? Hell no! Dalam fikiran konfem dah berserabut, muka BF, Mak Bapak, Adik Beradik, kawan-kawan muncul satu persatu. Masa tu la baru nak ingat Tuhan. Apa penyelesaian pada masalah ni? Kahwin dengan BF dan hidup berbahagia sampai ke anak cucu? Kalau betul bagus lah. Hakikatnya, sebulan lepas tu, nanti jumpala bayi takcukup sifat kat tong-tong sampah, tepi-tepi semak, dalam longkang, dan tempat-tempat menarik ataupun 'Hotspot' buang anak luar nikah. Korang fikirlah sendiri! Tak percaya tengok surat khabar. Selalunya adalah berita dengan tajuk macam ni.

"Saya Ingat Anak Patung, Rupa-Rupanya Bayi Manusia"

Aku pernah bersembang dengan seorang jurnalis tentang pentingnya pendidikan seks dikalangan pelajar. Nope! Aku rasa tak perlu. Ajar remaja pakai kondom apabila ingin melakukan seks bagi mengelakkan risiko mengandung. WTH!! Diorang lakukan seks atas nafsu bukan kasih sayang. Kalau dah nafsu mesti nak puas. Percayalah cakap aku memang diorang tak akan pakai punya. Ajar la sampai PhD sekalipun. Tak guna, buang masa dan merugikan duit. Tak boleh ke selesaikan masalah ni dari akar dia. Siapa yang buang bayi? Suami isteri? Apa pulak, couple la abang oi. Jadi, betul tak persamaan Matematik aku. Pembuangan bayi = couple. Selesaikan, no couple no pembuangan bayi.

Banyak lagi kejiwangan yang malas nak tulis. Nasihat aku, kalau nak jiwang-jiwanglah, tapi jangan berlebih-lebih. Dahulukan mana yang penting dulu. Kalau masih belajar, lupakan dulu cinta kejar dulu cita-cita. Tak akan lari gunung dikejar.

p/s: tengah addicted dgn angry bird. haha

Sunday, June 12, 2011

ok. aku buka perbincangan mengenai KONSEP 1MALAYSIA.

When will Malaysia be able to achieve "1 Malaysia"? When will all the discrimination end?

The title says it all... but I'll elaborate more... I just joined says.my a few minutes ago and I'm excited that I can voice out my opinion to a wide group of people for the first time... I hope at least a few people will get something from my post... So, here is what I have to say.
I have no idea how long ago this "Satu Malaysia" concept was created for Malaysians.. One Malaysia means Malaysians regardless of race, religion, age, skin colour and so forth, we are united, we are one. But even to this year, 2011, even with my eyes closed I can still hear racism, discrimination of religion. Why? I'm not saying every Malaysian is like that. There are many citizens with the "Malaysian attitude" but it dissapoints me to say that even so, millions of people still do not have it. I'm 14 years old. I admit I'm young and when I voice out my opinions to people around me, they don't pay much attention but I can't sit down and shut up about this thing. I hate going to school, going shopping and practically just going out and seeing people treat a certain race or religion differently. It sickens me to the pit of my stomach. I don't understand this. If someone could give me a clear explanation why do people discriminate others? Are we not equal human beings with equal rights? and do you know what's worse? When adults are like that, most of them will pass it down to their children and the chance is that they will follow in their parent's footsteps. THE CYCLE WILL NEVER END if something isn't done. I come from a small city, so even though there is racism here, I thank god that people here do not break into fights at random. I hope they never will but I hope more for this discrimination thing to end. I hope the few people that read this will give suggestions on how to move our country a step closer to reach "1 Malaysia".
Yours sincerely,
A-disappointed-but-hopeful-14-year-old

ask by yveliaw

......................................................................................................

Aku sangat suka dengan soalan ni. Satu soalan yang memang sepatutnya diperbincangkan. Apa yang memeranjatkan ialah ianya ditanya oleh seseorang yang baru berumur 14 tahun ataupun sekarang berada dalam tingkatan dua. Mungkin kita akan berkata, "Ahhh, budak-budak. Ape yang dia tahu pun. Nak menyibuk hal orang dewasa buat apa". Mungkin. Mungkin kita akan memperlekehkan budak ini kerana usianya yang muda. Kerana dia tidak sebangsa dengan kita. Atau kerana tidak seagama. Bagi aku usia tidak menentukan tahap kematangan dan oleh sebab soalan dia banyak bersangkut paut dengan bangsa Malaysia jadi bab bangsa dan agama tidak perlu dipersoalkan.

Antara jawapan dan respon yang aku suka ialah;

jawapan 1
Dear Malaysians, have you guys noticed that most of the time, only the non-bumi and non-malays voiced out such racism and social injustice? It's because they are mostly the victims of it. 

I'm Chinese. and I don't hate anyone based on their skin colour and religion. Most of my friend are Malays btw. however, I noticed that too many in Malaysia practice such acts and retarded mentality.

it doesn't matter what the government is doing. whether 1 Malaysia, bangsa malaysia or whatever. Don't mind them. Because the problem and solution lies inside each and everyone of us.

What we need to do is
1. to realize that we are all human. whether you believe in god or not, which god you believe in, we are actually the same species.

2. Be mature and conscious of what other people is trying to influence you to think and behave. Many politician and close-minded people and teachings try and trying again and again to influence you guys to hate each other and to cause fights and war. don't be a fool my friends.

3. accept people as who they are. we have different practices and beliefs, some of them may not be right in yours, but accept them because it's not wrong for others. For example, the way people dress. Chinese girls normally wear short-sleeve t-shirts. It is not because they don't want to protect their dignity etc. but this is how they dress all the time and it is actually not over exposed. In certain University, some of the students under Islamic courses have been trying to influence the Ministry of Higher Education and also the university itself to enforce such law that force these Chinese girls to wear baju kurung in campus. This is not fair and these people are not accepting people as who they are. But they are forcing people to become who they are. It's just wrong at the very heart of it.

4. A message to educators/parents. Don't spread racism and discrimination to the younger and other generations. Your are supposed to educate people to become a better person. For example, there was one university that previously almost opened for the non-muslims. but the educators/lecturers persuade the students to riot about such issue and finally that university maintained its policy where only muslims are allowed.

5. As what point 3 said. don't force people to practice your way of living. accept people as who they are. There had been a lot of cases where friends again and again influence people to convert into their religion. This is wrong. as one of the Law in malaysia proposed, we cannot spread other religion to the Muslims and Malaysians are free to practise any religion they prefer. So don't force people to convert to any religion, whether you do this by using traditional black magic, hypnosis, forced continuous exposed, marriage etc.

jawapan 2
for me i guess,language is the main wall that block unity among malaysians..different language cause people to tend to be with groups that they can speak with the same language n at the same time,cause misunderstanding among races in malaysia, besides,there still some young generations of malaysia that tend to follow their elders in giving negative perceptions on other races..for me,it's us,the Y generation of malaysia that should change the ways our elders used to be,stop giving negative perception on other races..for me,matters like "ketuanan melayu" are just bullshit..n the government should try implement the learning of other languages like tamil n mandarin in school since primary school..  

jawapan 3
the best way to achieve 1malaysia is mix marriage.. trust me =)

reply: mix marriage especially with Muslim forces others to convert. This is another way of not accepting people as who they are. instead you are trying to eliminate other people & create a nation with 1 religion and 1 culture. which is RACISM and discrimination.
respon: 1 religion, not exactly... 1 culture yessss... when u gonna unite two personel for a long term, u need to make sure that both of them has the same way of thinking..and ur point; racism and discrimination is absolutely wrong.. u r chinese, and when u get married to a malay... perhaps, u might need to convert ur religion.. but not ur race.. so, wheres does racism comes in.. u still remain as chinese muslim..
in future, ur kid who is a mixture of both chinese and malay, will definitely not be a racist.. simply becoz, he knows and respects the culture of all races.. this is how mix marriage play part..if u r so devastated not to convert to other religion, then fine, get a girl of ur own religion.. fyi: no religions forces anyone to convert.. even in islam, u convert willingly by ur own will..u dont convert jus becoz u wanna get married..

pandangan aku
Konsep 1Malaysia hanyalah satu ideologi yang dibawa oleh pemimpin yang baru naik. dengan mengambil contoh semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, konsep Islam Hadhari diperkenalkan. Dan sekarang konsep yang dibawa oleh beliau hampir dilupakan dengan munculnya konsep 1Malaysia ni. Apa yang dibawa oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak (PM sekarang) cumalah satu konsep perpaduan yang mempunyai nama tersendiri. Dan tidak mustahil konsep ini akan dilupakan menjelang naiknya pemimpin yang baru menggantikan beliau.
Isu perkauman adalah bepunca dari mentaliti sebenarnya. Bila hilang rasa hormat dalam diri, itulah yang akan membawa kepada perkara seperti menghina kaum lain. Selain itu, jangan biarkan diri anda terjebak dengan isu perkauman yang sekarang begitu panas dimainkan oleh parti politik. Tanamkan rasa hormat dalam setiap individu terhadap kaum-kaum lain, pasti suatu masa nanti perpaduan akan diperolehi tanpa perlu mengenalkan mana-mana konsep lagi.
  
klik sini jika berminat untuk melihat discussion ini
jika anda berminat untuk join discussion klik sini 

PANDANGAN ANDA AMATLAH SAYA HARGAI. SILA KOMEN PANDANGAN ANDA. peace yep~ 
 

Saturday, May 21, 2011

I lOVE UTM

korang pernah x mendengar dialog seperti  dibawah ni.

budak hensem A: weh, belajar kat mana sekarang ni?
budak hensem B: aku belajar kat Universiti XXX jek.

walawei. pehal weh? perlu ke letak perkataan "jek" kat belakang tu? perlu ke sebut nama U anda dengan rasa rendah diri? perlu ke? mentang-mentang la aku dari Universiti Terbaik Malaysia(UTM). yup. aku bangga dengan U aku. tapi kau?

well, mungkin diorang ada alasan yg tersendiri. mungkin mereka xminta pun U tersebut tapi dapat la pula. mungkin diorang main pilih jek masa UPU pastu lepas dapat baru menyesal. mungkin...mungkin...bla bla bla. heh. banyak kemungkinan. -.-

pada aku, xkisah la kat mana kita belajar sekalipun. di universiti terkenal di dunia atau universiti tersohor di negara atau mungkin di universiti yang kurang dikenali mahupun di universiti yang xberapa nak bagus. pembawaan diri tu yang paling penting.
universiti tersohor + result gempak = serius adalah satu bonus.
universiti tersohor + result t*h* = xguna juga.
universiti biasa + result gempak = yup, kamu boleh bawa diri.
universti biasa + result *a*i = ko mmg kurang berguna.

well, itu pandangan aku jek. universiti tidak menjamin masa depan anda secara total. segulung ijazah mungkin nampak gah tetapi hakikat nya ia kosong didalam. penuhilah dengan keterampilan diri, keyakinan, usaha dan segala sifat positif. berbalik kepada ayat aku diatas. apa yang penting ialah pembawaan diri.

so, adakah anda yakin pada diri anda dan bangga dengan institusi pengajian anda sekarang?

heh. see. how much i love my university.
 p/s: huhu. post ni ditulis sempena kepulangan aku ke UTM hari ni. seronok sgt. mata ke atas tangan kedada~

Sunday, March 27, 2011

KELAJUAN ITU MENGHIBURKAN..UTM DRIFT~ =)

salam u all.....have a nice day heh XD


vroooommmmm~~ yeah post kali ni gua nak cerita sikit tentang "solar car competition" yang baru gua join sempena pesta konvo UTM ataupun UTMost hari tu (22-24 mac). Pertandingan ni dianjurkan oleh FKM (Fakulti Kejuruteraan Mekanikal) UTM bertempat di depan rumah alumni. Ia terbuka kepada dua kategori iaitu kategori pelajar sekolah dan undergraduate (pelajar UTM jek)...hehehe...dengan pengalaman dan skill bermula dengan "zero" kami join gak dengan niat bersuka-suka..dan kami mendapat no. 5 dari 16 kumpulan yang bertanding bagi kategori undergraduate~yeah!! ok la..itu jek rezeki...alhamdulillah~


ni kereta solar kami..cantikkan~XD


ok name kumpulan kami ialah "ENERGIZING THE FUTURE" dan kereta kami diberi name BADANG 1..heh..tu yang atas tu la BADANG 1...smart x??








yang kat atas ni plak sebahagian dari kereta lain yang bertanding...tapi serius hari tu mmg BADANG 1 agak menonjol coz ramai giler orang amik gambar dia...weh..banggga kot~


pada hari perlawanan, kami mendapat tempat kedua dalam saringan dan tempat kelima keseluruhan time final..sedih mmg sedih...bukan pasal kami dapat tempat kelima tapi sebab kami sepatutnye berhak dapat yang lebih baik lagi...neway itu dah takdir Allah..kami yakin ade hikmah..banyak dugaan dan cabaran semasa nak buat kereta solar ni...pemasangan solar panel yang salah, wayar tecabut, chasis xkuat, shaft longgar adalah antara masalah biasa yang kami hadapi semasa pembinaan BADANG 1..daripada mengunakan "belting" pada awalnya kami menukar kepada gear..dengan hanya berbekalkan ilmu kereta TAMIYA kami membuat sendiri gear box untuk BADANG 1.. habis satu kereta control kami kokak utk mengambil komponen didalamnya... haha..mmg kelam kabut dan serius tersangat penat.. walaupun kalah tapi somehow kami dapat pengalaman yg teramat bernilai~haha..rase macam da bukan budak kejuteruteraan gas da...hari tu kami jadi budak mekanikal ngan elektrik~haha =)




atas ni video yang WAJIB ditonton...korang akan faham kenape kami frust giler...heh...ape yang pasti jika kami menang yang ini kami layak bertanding untuk no.1 dan no. 2.. apepun...BADANG 1 tetap lagenda hari tu....go go...to teammate...we have done the best~


ni dia team ENERGIZING THE FUTURE..yahoo~


haha..ni unit sponsor kami merangkap awek ketua~keh3


kalah menang adat perlawanan..xpuas hati tu biasa...itu yang mematangkan kita jika kita berfikir dengan rasional..sebelum gua akhiri post ni biar gua sajikan lu orang semua dengan gambar posing gua dengan BADANG 1..sila jangan muntah~XD


bawah tu adalah plat yang kami dapat sebagai hadiah~



p/s: serius gua ketagih dengan pertandingan2 cmni...

Saturday, March 5, 2011

MAAF KERANA MENCIPTA SEDIKIT MASALAH..JANJI XNAKAL LAGI~XD

salam...


wooottt...wooottt...ouch!! -.-!
kontroversi yang xdisangka memeningkan gua...why?? r u curious?? ok...go on check my previous entry...


http://hajimusan.blogspot.com/2011/02/oku-st-demm-uxd.html


sudah baca..*sampai habis maksud gua...ada faham?? ada mengerti?? kalau x juga sila bace kali kedua...ketiga..keempat..and so on...kalo xjuga faham2...mungkin ade masalah..manelah tahu kan... ok2...sini gua bagi penjelasan tentang permasalahan ni...*in point form..baru senang nampak..so segala misundestanding macam ni boleh diperbetulkan...






ok let's start..step by step...point by point...i hope this can solve the misunderstanding~

1) SALAH KORANG PASAL XBACE SAMPAI HABIS..
ok..korang admit x benda 2...korang mungkin hanya bace tajuk...atau suku..atau separuh...atau hanya tengok yang tulisan kaler2..atau xkurang jugak yang hanya buat assumption sendiri based on kate hati yang konon-konon selalu betol...pernah dengar??

"Follow your heart, even though it's on your left, it's always right"

ok...tapi certain condition jek ok...bukan semuanye betul...kene kaji dulu...ok gua admit...gua blogger yang baru..entry2 gua masih mentah...xcukup matang maybe...tu yang korang malas nak baca sampai nokhtah terakhir...atau dengan fikiran positifnye gua fikir korang sangat2 sibuk sampai xde mase nak bace sampai habis...ok fine...gua xkisah gua xmarah....sedih sikit je..xpe gua akan buat yang lagi baek lain kali...

2) GUA ADE ADIK OKU JUGA..




ok..yang baju oren tu adik gua yang OKU..penyakit hyperactive...tapi gua sangat pantang orang panggil dia OKU atau cacat atau yang seangkatan dengannya...it really pisses me off....kalo gua dengar memang gua rase nak penerajang jek...bukan apa..siapa kita nak label dia kurang upaya bukan...atau insan sepertinya yang senasib dengannya sebagai kurang upaya..who give u the right to said so?? demm...pada aku, sekurangnya dia dan yang senasibnya insyaAllah dijamin Syurga sekranya mereka bersabar...amin...so xperlulah pandang hina pada golongan yang macam ni...padahal mereka ni lebih mulia disisi Allah berbanding kita yang sihat akal dan tubuh badan tapi xhabis2 melakukan dosa dan kemungkaran di atas muka bumi..daripada mat2 rempit kat luar tu...pencuri..penyangak...perompak...dorang tu mmg terlebih hina la lagi...

3) ENTRY TU AKU EDIT DARI ARTIKEL YANG LAIN..

http://www.iluvislam.com/inspirasi/kembara-hidup/1127-saya-benci-oku.html


ok...check and read the article...korang akan sedar yang gua hanya edit jek artikel tu based on my experience...gua admit..mula2 memang gua maki penulis dia..yela..bace tajuk pun dah buat gua bengang..tapi gua xterus buat kesimpulan..gua bace artikel tu sampai ke titik nokhtah yang terakhir...gua lega...dan gua tertarik dengan artikel tu...sebab tu gua edit..olah sikit berdasarkan pengalaman gua..so, hal berkaitan salah faham tidak akan terjadi jika korang bace apa yang cuba disampaikan oleh penulis dan memahami apa motif penulis tu...XD


ok..tu jek penjelasan gua...gua malas nak tulis panjang2...sori la pada yang terasa..serius gua xterniat nak perli atau ape...cume nak jelaskan salah faham jek....segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk pun datang dari Allah tapi disandarkan kepada diri saya sendiri...insyaAllah..

akhir kate..gua persembahkan video ni untuk tatapan semua...sebuah lagu dari Siti Musliha..sape?? korang bley google jek...korang akan ingat balik siapa dia Siti Musliha....ok...layan~


p/s: ......-.-!

.

Saturday, February 26, 2011

buat ape tengok video lucah kalau ade BAKAT dalam youtube..heh XD

salam...have a nice day...


heh..dua test berturut..memang gila papi best..entry ni pun ditulis seusai habis test yg kedua.. anyway gua bukan nak cerite tentang test yang gile papi punye sukar yang amat tu, mahupun untuk membuat ayat kesian pasal xdapat jawap apatah lagi utk meluahkan perasaan kat sini pasal xstudy betol2..heh..seperti tajuk diatas, entry ni gua nak berkongsi tentang video2 lucah kegemaran gua yang gua jumpe kat youtube..heh XD


walaupun gua bukanlah kategori orang yang suke tgk video2 kat youtube. tapi siapa yang tidak suke melihat video lawak yang penuh info seperti ini..





lawak memang lawak. tapi kreatif dan bermaklumat tu yang membuatkan tangan gua gatal menekan butang play utk mengulang-ulang tgk video dia. heh...congrat mat luthfi for ur great video and for the nice info. selain itu kalau korang rajin cari kat youtube pasti korang akan jumpa video yang dibuat oleh seorang cikgu dari Parit, Perak ini.. aksi luar jangkaan tapi xseksi..yang mungkin membuatkan korang senyum sampai terkehel mulut atau gelak berguling-guling dan mungkin juga hanya mampu menggeleng kepala. heh XD



mungkin korang lihat video ni macam gila dan xmasuk akal tapi kenyataannya ramai gak la peminat cikgu shida ni..da macam artis suda...heh...mungkin video seterusnya mampu menarik perhatian korang.. video dari seorang pelajar Malaysia di Jepun yang videonya kebanyakan membawa lagu korea...tapi gua cadangkan video ini.. translation kepada lagu "we broke up today" by younha..persembahkan "sampai sini saja" by AmaliaAlias..=)


mantap kan lontaran vokal dia.. kalo tym sunyi kenang kat cinta lama memang boleh tangkap basah leleh la wa cakap same lu..heh..dalam banyak video dia mmg gua suke lagu ni coz video lain gua xfaham ape dia dok carut dalam bahase korea..terbaiklah AmaliaAlias..heh XD..

ok..last video yang gua suggest ni dtg dari seorang mat saleh yang gua xkenal langsung diri dia..seriyus...ape yang gua kenal tentang diri dia hanyalah lagu2 yang dia bawa..cover album mahupun remix mmg best...suara dia mantap gile..heh...


sebenarnya banyak lagi bakat2 yang mungkin korang dapat cari kat youtube.. apepun, jika dilihat sekarang youtube sudah dijadikan medium utk sesetengah orang menonjolkan bakat masing2..dengan kos yg percuma, dan tiada juri yg menghakimi kecuali komen2 sahaja sesungguhnya youtube syurga kepada pencinta seni yang asli. =)

tapi hiburan, hiburan juga..ibadah jangan luper weh...heh XD

p/s: mungkin gua patut buat video gua sendiri...=)

Saturday, February 12, 2011

OKU!!! S**T!! DEMM U~XD

yeah...i hate OKU!!


huh...nape ek aku benci golongan ni??
hmmm..ekceli lama dah aku benci golongan ni...
bukan setakat benci..menyampah pun ade....
eeeeeee...bile fikir mmg geram sangat!!!
heh..nape plak aku emo ek??
of kos...ade cerite disebaliknye~XD


neway..cerite ni bermula tym aku still kat KMPP...
aku join satu komiti dalam blok kediaman aku...
of kos la aku dipilih berdasarkan undian...demm! xsuke..=(
semasa pemilihan tugas, dapat plak jawatan AJK kebajikan...
huh...xkene ea...haha...aku tau~


kisahnya bermula apabila ada satu event tu....
semua AJK telah diberi tugas masing2..ok lah tu kan..
tapi yang aku ralat tu, tetibe jek ketua aku panggil aku...
then, dia serahkan kerja yg sepatutnya milik "seseorang" kat aku.....
alasannya, 'seseorang' tu xdapat dicari....
'seseorang' tu adalah ketua aras aku...
pasal aku tinggal kat aras yg dia jaga, so aku la yg kene..
cess!! menci btol...tapi sejak tu la aku tau yg 'seseorang' itu adlh OKU..
last2 jadi la aku "ketua aras sementara" ganti tempat dia~


ok let, 'seseorang' = si OKU....XD
dlm event tu aku la yg buat kerja si OKU tu...
dan utk pengetahuan korunk dia ade datang tym event tu...
tapi lenggang jek...rase nak suruh si OKU ni amik kerja tu..
tapi bile aku jumpe si OKU ni..jelas kat muke dia....
"aku xmampu...kesianla kat aku"....
cess!! geram btol..kalo tau xnk buat kerja...
letak la jawatan....ni x..menyusahan orang!!
dasar OKU...mmg semua macam ni!!


hmm..ntahla...mungkin dia malu......
ye la...si OKU ni  pown bukan kenal ngan budak aras aku...
lagipun, si OKU ni da pindah ke aras 1 bilik kawan dy...
untuk pengetahuan aku tinggal di aras 4....
so si OKU ni ketua aras 4 la..*skrg aku plak!! =(
mungkin senang bagi si OKU ni..ye la aras bawah kan..xperlu panjat tangga..
dan hampir satu sem gak la aku terpaksa wat kerja si OKU ni...


akhirnye aku adu gak kat ketua aku...xtahan....
sudahla xdapat ape...peluh ade r..keje lak xikhlas..XD
akhirnya, aku diberi keizinan utk jalankan sesi perlantikan..
yess!! dan of kos la berjalan dgn jayanya...suke2....
kawan aku lak yang pegang jawatan tu....
xperlu da buat kerja si OKU tu~
aku puas..akhirnya aku terlepas~~weeeeeweeeee~=)


tapi sampai sekarang aku benci ngan golongan ni..
moralnya...dalam sesebuah komiti...
kewujudan OKU akan melemahkan komiti itu...
banyak kerja akan tergendala....yg dirancang pun xkan jadi...
so jika ada...silalah singkirkan cepat2....cari orang lain...
coz..ORANG KURANG USAHA (OKU) ni mmg xkan berusaha..
hanya tau melukut di tepi gantang....
menyusahkan orang lain dengan kemalasan dia....
huh...menci btol!!




p/s: lihat diri anda..anda mungkin OKU tanpa anda sedari...=D











Saturday, January 8, 2011

Adobe Photoshop and Adobe Illustrator??

salam...have a nice day everyone...
huhu..lame da xupdate blog...
sibuk ngan hal sendiri + menyibuk hal orang lain...=D


neway, post kali ni gua nak cerita tentang software...
photoshop dengan illustrator...
hurm..gua sure lu orang familiar dgn photoshop kan...
tapi tidak dengan illustrator...
neway, sebenarnye fungsi keduanya lebih kurang jek...


ape yang membezakan ialah..
photoshop digunakan utk edit gambar...
gua maksudkan ialah pic2 yg sedia ada..
tapi illustrator pulak digunakan utk design...
means, kite cipta atau reka pic yang baru...
totally ours...not copy n paste or "ciplak"..


huhu..now, gua still blaja nak gune software ni...
pada gua ia berguna utk gua.....sekarang dan masa depan~
so, doakan lah gua..moga gua berjaya~=D

ni yang gua buat guna illustrator..gua still blaja~=)


p/s: gua teringin jadi designer..haha...tapi biar ilmu penuh didada dulu~=p