BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 21, 2011

I lOVE UTM

korang pernah x mendengar dialog seperti  dibawah ni.

budak hensem A: weh, belajar kat mana sekarang ni?
budak hensem B: aku belajar kat Universiti XXX jek.

walawei. pehal weh? perlu ke letak perkataan "jek" kat belakang tu? perlu ke sebut nama U anda dengan rasa rendah diri? perlu ke? mentang-mentang la aku dari Universiti Terbaik Malaysia(UTM). yup. aku bangga dengan U aku. tapi kau?

well, mungkin diorang ada alasan yg tersendiri. mungkin mereka xminta pun U tersebut tapi dapat la pula. mungkin diorang main pilih jek masa UPU pastu lepas dapat baru menyesal. mungkin...mungkin...bla bla bla. heh. banyak kemungkinan. -.-

pada aku, xkisah la kat mana kita belajar sekalipun. di universiti terkenal di dunia atau universiti tersohor di negara atau mungkin di universiti yang kurang dikenali mahupun di universiti yang xberapa nak bagus. pembawaan diri tu yang paling penting.
universiti tersohor + result gempak = serius adalah satu bonus.
universiti tersohor + result t*h* = xguna juga.
universiti biasa + result gempak = yup, kamu boleh bawa diri.
universti biasa + result *a*i = ko mmg kurang berguna.

well, itu pandangan aku jek. universiti tidak menjamin masa depan anda secara total. segulung ijazah mungkin nampak gah tetapi hakikat nya ia kosong didalam. penuhilah dengan keterampilan diri, keyakinan, usaha dan segala sifat positif. berbalik kepada ayat aku diatas. apa yang penting ialah pembawaan diri.

so, adakah anda yakin pada diri anda dan bangga dengan institusi pengajian anda sekarang?

heh. see. how much i love my university.
 p/s: huhu. post ni ditulis sempena kepulangan aku ke UTM hari ni. seronok sgt. mata ke atas tangan kedada~