salam u all.....have a nice day heh XD
vroooommmmm~~ yeah post kali ni gua nak cerita sikit tentang "solar car competition" yang baru gua join sempena pesta konvo UTM ataupun UTMost hari tu (22-24 mac). Pertandingan ni dianjurkan oleh FKM (Fakulti Kejuruteraan Mekanikal) UTM bertempat di depan rumah alumni. Ia terbuka kepada dua kategori iaitu kategori pelajar sekolah dan undergraduate (pelajar UTM jek)...hehehe...dengan pengalaman dan skill bermula dengan "zero" kami join gak dengan niat bersuka-suka..dan kami mendapat no. 5 dari 16 kumpulan yang bertanding bagi kategori undergraduate~yeah!! ok la..itu jek rezeki...alhamdulillah~
ni kereta solar kami..cantikkan~XD |
ok name kumpulan kami ialah "ENERGIZING THE FUTURE" dan kereta kami diberi name BADANG 1..heh..tu yang atas tu la BADANG 1...smart x??
yang kat atas ni plak sebahagian dari kereta lain yang bertanding...tapi serius hari tu mmg BADANG 1 agak menonjol coz ramai giler orang amik gambar dia...weh..banggga kot~
pada hari perlawanan, kami mendapat tempat kedua dalam saringan dan tempat kelima keseluruhan time final..sedih mmg sedih...bukan pasal kami dapat tempat kelima tapi sebab kami sepatutnye berhak dapat yang lebih baik lagi...neway itu dah takdir Allah..kami yakin ade hikmah..banyak dugaan dan cabaran semasa nak buat kereta solar ni...pemasangan solar panel yang salah, wayar tecabut, chasis xkuat, shaft longgar adalah antara masalah biasa yang kami hadapi semasa pembinaan BADANG 1..daripada mengunakan "belting" pada awalnya kami menukar kepada gear..dengan hanya berbekalkan ilmu kereta TAMIYA kami membuat sendiri gear box untuk BADANG 1.. habis satu kereta control kami kokak utk mengambil komponen didalamnya... haha..mmg kelam kabut dan serius tersangat penat.. walaupun kalah tapi somehow kami dapat pengalaman yg teramat bernilai~haha..rase macam da bukan budak kejuteruteraan gas da...hari tu kami jadi budak mekanikal ngan elektrik~haha =)
atas ni video yang WAJIB ditonton...korang akan faham kenape kami frust giler...heh...ape yang pasti jika kami menang yang ini kami layak bertanding untuk no.1 dan no. 2.. apepun...BADANG 1 tetap lagenda hari tu....go go...to teammate...we have done the best~
ni dia team ENERGIZING THE FUTURE..yahoo~ |
haha..ni unit sponsor kami merangkap awek ketua~keh3 |
kalah menang adat perlawanan..xpuas hati tu biasa...itu yang mematangkan kita jika kita berfikir dengan rasional..sebelum gua akhiri post ni biar gua sajikan lu orang semua dengan gambar posing gua dengan BADANG 1..sila jangan muntah~XD
bawah tu adalah plat yang kami dapat sebagai hadiah~ |