BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 9, 2011

[VIDEO] Inspirasiku Dan Inspirasimu Juga.

Salam.

Siapa idola anda? Selalunya itu soalan yang biasa ditanya dan tak salah kalau aku kategorikan sebagai soalan yang sangat-sangat-sangat suka ditanya. Agak menyedihkan apabila kebanyakan daripada kita memilih penyanyi, pelakon, pemimpin dunia sebagai idola yang paling kita sayangi. Eh, salah ek fakta aku ni?? Takkan kot. Cube korang buat survey. Pilih la beberapa orang sebagai responden dan tanya "Dengan jujur, nyatakan siapa idola anda?". Korang mungkin akan dapat jawapan yang macam ni.

Responden A: Idola saya ialah Siti Nurhaliza. Dia seorang penyanyi yang hebat.
Responden B: Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau merupakan PM Malaysia yang dikagumi musuh dan lawan.
Responden C: Bill Gates, saya nak jumpa dia dan bertanya tentang rahsia kejayaan dia.
Responden D: Datuk Lee Chong Wei!!
Responden E: Diri aku sendiri boleh tak??

Dan begitulah seterusnya, anda akan mendapati kebanyakan idola manusia sekarang berkisar kepada artis, pemimpin dunia dan ahli perniagaan. Tapi mesti ada~ Mesti akan ada korang terima respon macam ni.

"Idola saya adalah Nabi Muhammad S.A.W"

Wow. Wow. Wow. Oh, bagus nya. Oh sejuknya hati ni mendengarnya. Oh memang manusia contoh. Oh. Oh. Oh.

Kalau idola korang adalah artis. Setiap lagu dia korang dengar. Tak sedap pun korang kata seni. Lagu tu abstrak. Hanya orang seni bagi la yang faham erti seni. Ok fine. Kat FB sibuk komen kat fan page dia walau sebenarnya admin page dia bukan artis tu. Setiap gosip artis tu korang tahu. Latar belakang artis tu semua kita tahu. Senang cakap semua tentang artis tu dari hujung rambut yang konon2 model syampu sampailah ke setiap kuku-kuku kaki dorang korang tahu. Yeah. Stalker. Paparazzi.

Tapi, bila bercakap pasal Nabi kita, berapa ramai yang tahu tentang sirah baginda? Latar belakang baginda? Berapa jam sehari kita mengingati Baginda? Adakah kita menuruti ajaran yang dibawa Baginda? Subhanallah. Tak perlu tanya banyak-banyak. Tak terjawab. Apepun sebenarnya aku nak share dengan korang video yang aku dapat dari rakan aku kat FB. Sebuah video bertajuk "Andai Baginda Bersama Kita". Adakah baginda benar-benar merupakan Idola korang?

Video ni dalam bahasa Arab tapi ada subtitle melayu. Jadi aku sangat positif yang korang tak perlulah nak buka kamus arab-bm. Atau cari orang arab untuk tolong translate kan. Serius tak perlu. Cuma tengok video ni dan fahamkan.

 

Agak sebak la masa tgk video ni. So True la aku cakap sama korang. Artis, pemimpin dunia, businessman yg korang agung-agungkan tak akan dapat membantu mahupun menyelamatkan korang di hari kebangkitan nanti. Kita sememangnya mengharapkan syafaat dari baginda. Baginda mampu menolong kita dengan izin Allah.

p/s: Jadikanlah Nabi kita bukan setakat idola tetapi juga inspirasi kita. 

Saturday, July 2, 2011

Entry Cemburu Buta : Kanak-Kanak Dan Orang Dewasa.

Kali ni aku nak bawa entry ringan jek. Mana lagi best? Menjadi seorang dewasa atau menjadi kanak-kanak?


SEMASA KECIL..
Pernah tak semasa kecil dulu, sewaktu korang masih digelar sebagai budak hingusan kerana korang membiarkan sahaja hingus meleleh-leleh dari hidung tanpa rasa malu. Masa korang kencing berdiri merata-rata. Ada tak dalam fikiran korang keinginan nak menjadi dewasa?

"Eh, bestnye jadi dewace, ade wit cendighi, boleh keyuar cuke hati. Nak jadi dewace la"

Ok, masa tu korang masih pelat lagi, tak ape dimaafkan pasal korang masih comel, korang masih suci bersih tanpa dosa. Waktu tu, mesti korang mesti pernah dengki dengan abang atau kakak korang yang dah besar. Dorang tak perlu lagi nak pergi sekolah bawa buku berat-berat. Dorang kalau keluar rumah mesti pakai cantik-cantik nampak "rugged". Dorang dah ada dan dah boleh pegang duit sendiri. Dorang dah boleh buat sesuatu tanpa perlu dikawal rapi lagi. Dorang boleh buat bla bla bla. Sambil tangan kiri dipimpin oleh mak manakala ibu jari tangan kanan dalam mulut korang, pernah tak korang terfikir, alangkah bestnya menjadi seorang dewasa?

Sumber dari google. Seorang budak hisap jari. heh.


Tengok abang dan kakak, dorang selamba jek keluar rumah bila-bila yang dorang nak dan balik bila dah bosan kat luar. Hanya perlu meminta izin jek.

Abang/kakak : Mak, along nak keluar kejap. Nak jumpa member.
Mak : Ha, pergilah. hati-hati bawa motor tu. Jangan lama-lama sangat.

Semudah A.B.C jek dorang dapat kebenaran dari mak korang untuk keluar berjalan. Cube korang test mintak pulak kat mak korang.

Korang : Mak, nak keluar main dengan kawan-kawan kat luar kejap boleh?
Mak : Ape?? kerja sekolah dah siap? kalau tak siap jangan keluar main. Kat luar tu panas, tak elok main.

Betul tak? Bermacam alasan yang diberikan olek mak korang bagi menghalang korang keluar. Walaupun mak korang membuat begitu demi kebaikan korang tapi "SIAPA YANG SANGGUP DILAYAN SEPERTI BUDAK KECIL?!". Eleh, memang budak kecil pun, sunat pun belum. Heh. Kan bagus kalau menjadi dewasa.

BILA DAH BESAR..
Bila kita sudah meningkat dewasa, dengan kerja dan tanggungjawab yang menimbun, masalah keluarga lagi, masalah kat tempat kerja, masalah kewangan, hutang yang belum dilangsaikan lagi, pinjaman rumah dan kereta, bil itu, bil ini, minda kita akan mengimbau kembali betapa senang dan seronoknya menjadi seorang kanak-kanak. Kalau fikiran tengah berserabut, pantang terserempak dengan kanak-kanak, mesti akan terlintas kat hati kita.

"Seronoknya jadi budak-budak, tak ada masalah dan tanggungjawab, main jek kerja dia. Kan bagus kalau aku boleh jadi kanak-kanak balik".

Huh tak terlintas langsung ea kat fikiran korang? eh, ala bucuk-bucuk, jangan nak tipu la. Serius tak ada? Heh, kalau tak ada memang aku bagi tabik spring la kat korang. Bagi yang pernah terlintas kat fikiran korang tentang angan-angan nak menjadi kanak-kanak semula, itu normal. Tak perlu la pulak korang rasa tersisih atau rasa rendah diri pada orang yang tak terfikir ke arah itu. Setidaknya korang normal ok. aku ulang KORANG NORMAL!

Masa tu akan terimbau la kembali kenangan semasa kecil, tak perlu fikir apa-apa. Mintak duit kat mak doposen hanya kerana nak beli Choki-Choki pun dah tak kisah dah. Tidak perlu dibebani dengan satu masalah pun. Kalau ada pun hanyalah masalah kencing dalam seluar. Zaman tu, walau apa pun kesalahan kita, tunjuk jek muka kesian gerenti orang akan maafkan. Waktu tu, kita tak rasa malu nak menangis kat depan orang, tak ade pun orang akan marah. Malah bertambah ramai yang datang memujuk.

Memang sudah menjadi lumrah manusia. Sentiasa inginkan kesenangan. Rasanya, kalau masa boleh putar ikut suka mak bapak kita memang kanak-kanak akan jadi dewasa dan yang dewasa akan jadi kanak-kanak balik. Yang kanak-kanak ingin mendapatkan hajat di hati nak kebebasan menjadi dewasa manakala yang dewasa ingin lari dari masalah dan tanggungjawab.

Sayangnya masa tak boleh diputar kembali mahupun dipercepatkan. Tak salah kita mempunyai impian kerana sekurang-kurangnya ia akan memberi inspirasi kepada kanak-kanak dan merehatkan minda kepada yang dewasa setelah penat bekerja siang dan malam. Yang kanak-kanak bagi khatam A.B.C dengan sifir 12 dulu baru fikir nak menjadi dewasa. Dan pada yang dewasa jadilah seorang dewasa yang boleh menjadi satu ikon ikutan kepada kanak-kanak. Itu adalah putaran hidup. Semakin kita dewasa semakin kita perlu berdikari dan akan bertambah pula cabaran yang perlu kita hadapi.

p/s: HS rasa lega. Baru jek habis test semalam~=)