Tajuk entry kali telah menceritakan segalanya. Korang setuju tak? Tak setuju pun tak ape. Aku akan ceritakan kenapa satu persatu, huruf ke huruf, ayat ke ayat. Apepun apa yang aku tulis hanyalah buah fikiran aku berdasarkan pemerhatian dua biji mata hitam aku.
Sentiasa Dalam Minda Ada Cinta
Ok, benda ni boleh dilihat dimana2. Mengambil laman sosial seperti FB dan Tagged sebagai contoh, mesti ada dalam sehari status terkini yang bercerita tentang cintan cintun.
"(@tag name) akan sentiasa mencintai (@tag name), much love. <3<3<3
yup, kita tahu yang pasangan tu couple tapi tak perlu kot nak meluahkan rasa jiwang cinta antara benua tu kat FB atau Tagged. Ok, memang hak diorang, wall diorang, akaun diorang, internet diorang dan Bla Bla Bla diorang. Tapi ingat, yang korang couple tu pun belum tentu lagi akan kahwin ngan korang. Belum tentu lagi jadi teman tidur korang. Nak lepas rindu sangat, dalam mesej sudah lah. Aku tak nampak pasal apa perlu dihebohkan satu dunia. Apa yang lebih melucukan, bila kita ingat diorang tengah hangat bercinta bagai dunia bapak diorang yang punya, Tup Tap, kita dengar pula dah putus. Tukar status.
"Saya Benci Awak, Sanggup Awak Buat Saya Macam Ni!! T.T"
*Nah satu 'like' aku bagi. Komen tak perlu kot. haha
Lumrah bercinta, manis bila hangat, pahit bila pudar.
Lain pula di laman komuniti seperti Says.my. Aku tak tahu kenapa, soalan cinta selalu sangat ditanya. Soalan tentang kesetiaan, soalan tentang curang dalam bercouple, soalan awak sayang saya saya sayang awak lagi lebih tau dan soalan satu saudara berlainan jantina dengannya. Suka aku cakap kat sini, si penanya soalan-soalan ni rata-ratanya adalah remaja melayu.
Bertukar-Tukar Status Diri
Seumpama trend pula, menukar status relationship di FB. sebulan sekali mesti nak tukar. Yang sebenarnya "in relationship" terus tukar jadi "single". Apehal? Gatal ape? Yang "single" tukar ke "married" atau "in relationship". Biarlah mereka syok sendiri. Aku mengata orang. Ok, aku ngaku aku pun ada buat. Atas sebab apa? Suka-suka sebenarnya. Ok, sekarang aku bubuh "separated" sebagai status relationship aku. Berpisah? Bercerai? Nope. Tak kisahla apa maknanya, definisi aku ialah aku dan dia sebenarnya terpisah. Oleh masa, tempat dan keadaan. Apabila tiba masanya, sesuai tempat dan keadaan sebagaimana jodohnya pasti aku akan bertemu dengan jodoh yang telah ditetapkan. Bukankah??
Apepun, status kejadah tu tak penting. Tulis "single" pun masih ada yang tanya "betul ke awak masih single ni?". Kalau aku, aku akan jawab "yup, saya masih belum bersedia untuk mengawan". LOL.
Jiwang Terlampau Mengalahkan Pasangan Suami Isteri
Ok, ini lagi menyedihkan. Belum kahwin tapi terbawa-bawa sampai ke katil pasal ape?
"Eleh, katil jek pun. Bukan buat apa? Sembang-sembang gurau-gurau jek"
Kepala hotak engkau! Yang tangan tu dah meraba pasal apa. Gurau-gurau lagi. Akhirnya, bila suka-sama-suka maka jadilah aksi yang melampaui batas. Mulalah buat adegan yang hanya halal buat pasangan suami isteri yang sah. Tup Tap dalam beberapa bulan. Ops, OMG "sayang dah gemuk!!". Pergi cek kat doktor.
Doktor: "Puan, Tahniah! anda disahkan mengandung". *sambil tersenyum simpul
Gadis: "Betul ke Doktor? Alhamdulillah. Terima kasih Doktor. Terima Kasih".
Korang rasa itu ke respon gadis tu? Hell no! Dalam fikiran konfem dah berserabut, muka BF, Mak Bapak, Adik Beradik, kawan-kawan muncul satu persatu. Masa tu la baru nak ingat Tuhan. Apa penyelesaian pada masalah ni? Kahwin dengan BF dan hidup berbahagia sampai ke anak cucu? Kalau betul bagus lah. Hakikatnya, sebulan lepas tu, nanti jumpala bayi takcukup sifat kat tong-tong sampah, tepi-tepi semak, dalam longkang, dan tempat-tempat menarik ataupun 'Hotspot' buang anak luar nikah. Korang fikirlah sendiri! Tak percaya tengok surat khabar. Selalunya adalah berita dengan tajuk macam ni.
"Saya Ingat Anak Patung, Rupa-Rupanya Bayi Manusia"
Aku pernah bersembang dengan seorang jurnalis tentang pentingnya pendidikan seks dikalangan pelajar. Nope! Aku rasa tak perlu. Ajar remaja pakai kondom apabila ingin melakukan seks bagi mengelakkan risiko mengandung. WTH!! Diorang lakukan seks atas nafsu bukan kasih sayang. Kalau dah nafsu mesti nak puas. Percayalah cakap aku memang diorang tak akan pakai punya. Ajar la sampai PhD sekalipun. Tak guna, buang masa dan merugikan duit. Tak boleh ke selesaikan masalah ni dari akar dia. Siapa yang buang bayi? Suami isteri? Apa pulak, couple la abang oi. Jadi, betul tak persamaan Matematik aku. Pembuangan bayi = couple. Selesaikan, no couple no pembuangan bayi.
Banyak lagi kejiwangan yang malas nak tulis. Nasihat aku, kalau nak jiwang-jiwanglah, tapi jangan berlebih-lebih. Dahulukan mana yang penting dulu. Kalau masih belajar, lupakan dulu cinta kejar dulu cita-cita. Tak akan lari gunung dikejar.
p/s: tengah addicted dgn angry bird. haha